Monday, 12 October 2015

kau Kekasih Awal dan Akhir


****************************
Bila aku tak suka pada rasa makananku,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar .

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya .

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku,
aku teringat pada baginda
Muhammad, ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya .

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya .

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku .

Barang2 kepunyaan Rasulullah saw - gambar sumber Google

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya .

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya .

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka,
aku teringat pada baginda
Muhammad,
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT .

Bila tiada siapa menyayangi aku,
aku teringat pada baginda
Muhammad,ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu .

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku,
aku teringat pada Baginda
Muhammad,
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah



Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman .
Sohibul Azman .
Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam .
Syafaatkan daku di akhirat nanti .

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اللهم صل على محمد وآل محمد

No comments:

Post a Comment