Assalamualaikum w.b.t
Kalini teringin plak maw share resepi homemade wetfood yg super duper budget . Resepi ini sangat sesuai sekali digunakan especially utk mereka yang membela peliharaan berbulu dalam kuantiti yang banyak; tak kira anjing ataw kucing .
Tapi, kalau owner yang mementingkan kecantikan, kesihatan maksimum, rasanya mereka lebih pilih makanan yang ada brand . Kerana makanan tersebut lebih mengandungi jenis2 vitamin tertentu dan juga khasiat2 tersendiri seperti untuk mengurangkan masalah bulu gugur dan sebagainya .
Okey lah, jom kita teruskan kepada resepi budget kita . Untuk pengetahuan, anda cuma akan spend kurang dari rm10 sahaja untuk resepi ini dan ianyanya boleh bertahan selama 3-4 hari bergantung kepada kuantiti peliharaan anda & juga berapa kali makan dalam sehari .
![]() |
Antara bahan2 yang akan saya guna kali ini |
Mari kita mulakan dengan bahan2nya untuk 1batch masakan :-
- Ikan 1kg (tak kisah jenis ikan . Biasa saya beli ikan basung, lumahan, kuaci . Rate harga yang biasa saya dapat ialah dlm RM2 - RM3 sekilo)
- Sayur labu (biasanya labu bersaiz bola ragbi saya akan bahagi untuk 2batch wetfood . Rate harga pula sebiji labu saiz bola ragbi saya blh dpt dalam RM2 - RM2.50 . Tapi apabila dibahagi 2 = RM1 - RM1.25)
- Lobak merah (untuk sepaket yang berharga RM3.50 yang mengandungi sekitar 10batang, saya cuma gunakan separuh sahaja . Jadi budget untuk lobak merah ialah RM1.75)
- Sayur bayam (seikat cuma berharga RM1 - RM2 mengikut ketebalan dalam seikat . Kadang2 kalau saya beli bayam yang berharga RM2, saya akan habiskan skaligus @ asingkan suku untuk dimasak oleh keluarga hehe .
- Agar2 tali (1pek cuma berharga RM1.10 )
- Air (lebih kurang 2L . Sukatan terpulang kepada individu . Tapi saya lebih suka gunakan air yang agak banyak kerana jika wetfood tersebut pekat, kuantiti sekali makan akan memerlukan agak banyak juga . Namun, apabila wetfood agak berair, bolehlah bertambah jimat hehe. Almaklum la, peliharaan saya bukan seekor hehe)
Cara2 memasaknya pula seperti berikut :-
- Potong lobak merah sekitar 1/2inci tebal secara membulat . Kalau lobak jenis besar, belahkn kepada 2 kemudian hiris mengikut tebal yang sama .
- Masukkan lobak ke dalam periuk berisi 1L air dan didihkan .
- Apabila air sudah sedikit menggelegak, masukkan labu yang sudah dpotong dadu sekitar 1inci tebal bersama ikan 1kg . Tambah baki air 1L lagi .
- Di dalam bekas lain, potong bayam secara rambang . Tak perlu terlalu skema seperti kita hendak masak sayur .
- Sebelum ikan serta lobak & labu betul2 mendidih, padamkan api, angkat & tuang ke dalam bekas berisi bayam . Tuangkan sekali air rebusan dan sejukkan seketika serta tinggalkan lebih kurang 200mL d dalam periuk . (Saya tak didihkan sepenuhnya kerana apabila terlalu mendidih, ikan & labu akan terlalu lembik untuk diangkat)
- Selesai menyalin bahan rebusan, dengan segera agar2 tali dpotong 4 dan dmasukkan dalam baki air rebusan dan kacau . Api tak payah hidupkan .
- Setelah bahan rebusan agak suam, bolehlah dblenderkan kesemua bahannya & dimasukkan sekali lagi ke dalam bancuhan agar2 tadi . Renehkn seketika kemudian boleh diangkat, dsejukkan sehingga suhu bilik kemudian dmasukkan ke dalam peti sejuk supaya agar2nya boleh memejal .
![]() |
Contoh wetfood yang sudah selesai dmasak |
Amacam, mudah dan jimat kan resepi saya ni . Cuma saya nak tekankan di sini, bahan2 yang saya gunakan bukanlah bahan utama dalam resepi ini . Ianya hanya optional sahaja . Selain ikan, ayam juga boleh dgunakan . Kadang2 saya gunakan sayur kangkung juga .
Apapun, selamat mencuba & semoga berjaya menjimatkan bajet dari saya . .
Sekiranya anda ingin mencari produk SHAKLEE, boleh hubungi saya d whatsapp 017 895 8052 . Juga boleh jenguk2 laman FB saya iaitu :- Sin Waw
Regards with love,
~sue~
No comments:
Post a Comment