assalamualaikum w.b.t
Tips ini dikongsikan dari Prof Muhaya . . Sesuai diamalkan oleh mereka yang akan menjadi parents, yang dah menjadi parents serta meraka yang baru menjadi parents semula . . jom sama2 kita amalkannya semoga memberikan manfaat kepada kita semua, insyaallah . .
1) Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al-Fatihah .
Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya kepada Mu ku pohon pertolongan."
Mintalah apa2 hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat itu, . habiskan bacaan surah Al - Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat & serahkan urusan anak kpada Allah untuk menjaganya . .
2) Pandang wajah anak semasa dia tidur & ucapkan bahawa "ibu/ayah nak [nama anak]jadi anak yang soleh/solehah, sayang .. cuba amalkan [ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya] dan ucapkan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat . .
3) masa bangun solat malam, solatlah hajat di sisinya . Maksudnya kita solat dlama bilik anak & dekat dengan anak . jika kita selalu buat dan kita selalu beritahu dia yang kita kita sering doakan dia, maka dia akan rasa satu ikatan yang kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia menjadi anak yang soleh/solehah . dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya . .
4) minta dikasihani . ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah . jika dia tak jadi anak yang soleh/solehah bermanka dia tidak sayangkan kita dan tentunya kita akn merana di Alam Barzakh nanti . .

5) peluklah anak selalu walaupun dia seudah besar sebagaimana kia tatang dia masa kecil dahulu . aura ciuman dan belaian ibu/ayah sambil bisikkan padanya yang kit abangga mempunyai anak sepertinya . .
6) maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita . muhasabah diri kita, mungkin kesilapan yang anak kita lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau . .
7) yang paling penting jaga tutur kata kita . jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati mereka .jika ini berlaku juga kerana kita TER, cepat2 cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya . mengakulah padanya itu kelemahan kita . marah kita kerana dia buat salah, bukan bemaksud membenci .ceritalah buat macam drama pun boleh hehe . .
8) amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan solat .
[wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang & demikianlah juga zuriat keturunan ku. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku . . amin]
9) selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia . Allah tak pandang wajah yang cantik tapi Allah menilat & melihat pada hati budi yang cantik . Allah tak sayang, manusia lagi tak suka . .
10) masa membasuh beras, baca niat "ya Allah, lembutkanlah hati anak2 ku [sebutkan nama anak] untuk mereka faham agamanya sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi, amin ." [kenapa kita nak mereka faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh membawa ibubapanya juga ke neraka] . Basuh beras lawan arah jam [macam orang tawaf] sambil selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. . masa buat kerja ni, hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu .
feel free untuk share bagi manfaat kita bersama . . insyaallah . .
*********************************************************************************
sekiranya anda berminat untuk memberikan vitamin pada anak anda, boleh terus whatsp/wechat 017-895 8052 utk info/ofer/join member/best price . . juga boleh jenguk wall fb saya :- Sin Waw
-sue-
No comments:
Post a Comment