perkongsian yang cukup indah dari Ustaz Ebit Lew . . .
mampu mengembalikan kehebatan umat . . . insyaallah
selepas ceramah seorang makcikjumpa saya . dia mula menceritakan bahawa anaknya seorang yang teruk, tak dengar kata, kuat merokok serta cukup degil dan tak boleh buat apa2 dah . . umurnya baru berusia 17 tahun tetapi memang tidak mendengar kata . .
"saya dah tak nampak jalan nak buat macam mana dah" katanya . . "kalo ustaz boleh bantu, saya amat bertuah dan beruntung . . tapi saya rasa memang mustahil lah."
"anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu . . puan tolong berhenti bersangka buruk padanyadan cakap yang buruk padanya . . dia akan jadi baik dan bakal menjadi orang hebat. " jawab saya . .
"ish ustaz ni, takkanlah degil macam tu boleh jadi orang hebat . saya harap dia jangan buat jahat jer ." kata makcik tu pula . .
"puan tukar sangkaan dan doa puan . insyaallah dia akan jadi seorang yang hebat . Allah baik Maha Penyayang . Allah suka sangkaan yang baik-baik ." pintas saya .
Insyaallah ustaz . anak saya baik dan bakal menjadi orang hebat . . macam tu yer ustaz ?
betul ! puan tukar sangkaan dan doa pada dia . saat kita bersangka baik dan cakap yang baik, itulah IMAN . harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman .
nabi SAW setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya . akan tetapi baginda sentiasa meletakkan 100% sangkaan baik bahawa sekali Iman datang, seseorang itu akan berjuta kali lebih dari apa yang boleh kita bayangkan .
dengan sangkaan dan harapan yang baik, barulah kita semakin rajin menasihati dengan lembut, bijak dan hikmah dalam membangunkan anak2 . . tanpa sangkaan baik, kita akan membenci . dalam doa pun dengan marah . dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati . .
selepas beberapa minggu, makcik tu datang semula dan menceritakan bahawa anaknya bertambah baik . saya hanya menjawab dengan "alhamdulillah"
puan tadi berkata "betul ustaz . saya mengubah sangkaan, dia pn berubah . . sangkaan ibubapa adalah DOA yang paling kuat buat anak2 . . MOTIVASI terbesar buat anak2 ."
saya ingat mak saya selalu cakap dengan saya "mak tak risau bila kau jaga agama walaupun siang malam kena hina, mesti Allah akan jaga . dunia ni Allah yang punya ."
sebagai anak pula jadilah anak yang membuatkan ibu bapa kita tak sempat nak bersangka buruk dan bercakap yang buruk pasal kita . .
TERUSKAN PANDANG YANG BAIK
BERSANGKA YANG BAIK
FIKIRKAN YANG BAIK
*********************************************************************************
ibu bapa yang selalu berasa tekanan/stress serta letih dengan urusan kerja atau d rumah, saya ada vitamin yang boleh membantu anda . .
bolehlah jenguk2 wall FB saya iaitu :- Sin Waw . . dan sekiranya berminat, boleh terus whatsp/wechat 017 895 8052 . .
regards with love
-sue-
No comments:
Post a Comment