Monday, 2 March 2015

WATAK DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN KITA

assalamualaikum w.b.t

*********************************************************************************

sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan suami isteri . selepas berusaha untuk mencari bot  penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal satu tempat kosong sahaja . . dengan serta merta, si  suami terus melompat masuk ke dalam bot penyelamat tersebut & meninggalkan si isteri bersendirian . .

wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit ke arah suaminya . .
cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya, "agak2 apa yang dijeritkan oleh isterinya itu?"
hampir semua murid menjawab, "aku benci kau! tak berhati perut!"

namun cikgu perasan ada seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya . .
"cikgu, saya percaya dia mesti cakap - jaga anak2 kita baik2!" kata murid tersebut . .
cikgu itu terkejut, lalu bertanya lagi, "awak pernah dengar cerita ini ke?"
murid itu menggelengkan kepalanya lalu menjawab, "tak tapi itulah yang mak saya pesan kepada ayah sebelum mak meninggal kerana penyakit."

cikgu menjawab, "betul jawapan itu," lalu menyambung kembali ceritanya .
kapal itu tenggelam, manakala si suami itu selamat pulang dan membesarkan anak2 mereka sendirian . beberapa tahun berlalu, si suami pula meninggal dunia . . anak2 mereka pula telah menjumpai diari ayah mereka sewaktu mereka mengemas rumah . .

rupanya, semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran itu, ibu mereka sedah disahkan menghidap penyakit yang akan meragut nyawanya . . ayah mereka menulis "alangkahnya baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan itu untuk bersamamu, namun demi anak2 kita, terpaksa saya tinggalkan kamu bersemadi d dalam lautan itu keseorangan."

cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas itu masih sunyi . cikgu tahu bahawa anak2 muridnya memahami pengajaran dari cerita tersebut . walaupun ada yang baik dan yang buruk  d dunia ini, masih banyak lagi kisah di sebaliknya yang sukar difahami . . itulah sebabnya kita jangan sesekali melihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dahulu . .



<> mereak yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta . tetapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi nilai duit tersebut .

<>mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai . tetapi kerana mereka memahami maksud tanggungjawab dalam memegang amanah .

<>mereka yang terlebih dahulu memohon maaf selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah . tetapi kerana mereka menghargai orang2 di sekeliling mereka .

<> mereka yang sukarela membantu, bukan kerana mereka berhutang apa2 . tetapi kerana mereka lihat kita sebagai seorang sahabat .

<>mereka yang selalu sms kita, bukan kerana mereka tak ada benda lain nak buat . tetapi kerana mereka ingat kepada kita .

suatu hari apabila kita semua telah terpisah, kita akan terkenangkan kembali pelbagai perbualan dan impian yang kita ada . . setiap hari yang silih berganti menjadi bulan, tahun sehingga hubungan ini menjadi asing . .

suatu hari apabila anak kita terjumpa akan gambar kita pada masa dahulu dan bertanya,
"siapa mereka semua d dalam gambar tu?"
dan kita pasti akan tersenyum bersama air mata yang tidak kelihatan kerana hati yang terusik, dan dengan ucapan yang sayu kita akan menjawab,
"DENGAN MEREKA LAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."


*********************************************************************************

anda mencari vitamin yang 100% bebas dari bahan kimia & dadah, dperbuat dari bahan semulajadi, bolehlah jenguk2 wall FB saya iaitu :- Sin Waw . . atau boleh juga terus whatsapp/wechat ke 017-895 8052 untuk info/ order/ join member/ best price .




regards with love



-sue-

No comments:

Post a Comment