Assalamualaikum .
Masyaallah lamanya nda update blog kan hehe .
Begitula kalo bukan blogger tegar kan, 😂
.
Kalini terpanggil maw update blog sebab baru juga seminggu 2 ni balik dari Semporna .
Sebenarnya nda juga terfikir maw update,
Tapi bila ada member tempat kerja tanya² pasal trip i ni than suruh buat ite,
So dari situ la tergerak maw update d blog terus .
.
.
Then itenary nya bermula d bawah ini .
.
- 1st thing yang aku buat adalah book which package yang aku berkenan dengan bajet aku . Pakej yang aku ialah DayTrip 4 pulau (Tetagan, Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan) = RM90
- Pakej tu lengkap sudah termasuk packed lunch, snorkelling & hiking activities & paling penting permit untuk melawat taman² sabah tun sakaran . Sebab pulau² d Semporna tu sudah ada post askar berkawal untuk keselamatan kita semua .
- Book hostel/backpackers/hotel untuk keselamatan d tempat orang la . Takut fully occupied ada yang tidur d kaki 5 nt hehe . Tapi kalo maw survey harga saja on teda masalah juga sebab menurut receiption d tempat aku menginap tu, kalo walk in lebih murah . Jangan pandang rendah rr, walaupun backpackers d pekan kecil, tapi mereka ada link dengan travel agent such as Booking.Com & Agoda juga oo . Betul² make me impressed .
................................................................................................
Day 1 - 21.02.2018
- Aku ambil bas pagi jam 0730hrs dari Sandakan . Bas paling murah rate ialah bas SIDA iaitu RM35/way . Company ni memang recommended sangat sebab selamat haha . Ada kisah sebenarnya di sebalik trip ni. Alkisahnya begini . Sebenarnya trip ni aku dah plan cantik² untuk Januari'18 . Tapi apakan daya, hari maw bertolak dah terpacak d perhentian bas untuk tunggu bas company Dyana, malangnya bas rosak konon . Pehh musnah berkecai plan hakak taw hen hari bertolak yang kali ke2 ni ada kisahnya juga hehe . Masa tunggu bas Sida untuk ke Semporna, sudahla bas lambat, sekali yang muncul bas ke Tawau pula . Katanya bas ke Semporna sudah jalan . Alamak masa bila basnya jalan padahal aku sudah terpacak setengah jam tunggu ni, takkan aku tertinggal bas kot 😨 . Nasib kata driver naik ja la, nanti dorg turunkan aku d kunak untuk naik bas ke destinasi sebenar . Syukur alhamdulillah hehe .
- Kalo korang maw ambil bas petang pun bole ikt mana yang korang selesa ja . Aku saja ambil bas pagu sebab agaknya dah 10tahun kot nda jejak kaki d Semporna . Masa jalan² d sana pun aku terasa seolah² i is sesat di negeri sondiri haha . So bila sampai sana tengah hari, senang la maw menjelajah cari lokasi hostel + JETI UMUM . Haa kenapa words jeti umum tu kena capslock . Sebab itu adalah tempat paling penting sekali pada hari daytrip tu . Kalo lambat tinggal lah ko jawabnya haha .
- Ok, aku stay d POGA BACKPACKERS . Rate aku untuk 2 malam stayed d 8beds female dorm adalah RM63 . Bilik aircond hokey . Dan biarpun bilik tu ada 8beds, tapi tak nampak crowded pun gais . Salah 1 sebab aku pilih hostel ni sebab dia ada include breakfast . Almaklum la malas maw keluar awal pegi breakfast hehe .
...................................................................................
Day 2 - 22.02.2018
**Jeti Umum**
Hari yang ditunggu² telah tiba . Persiapkan diri seawal mungkin agar tidak kelam kabut nanti . Sambil² breakfast sambil² menyembang dengan receiption tempat aku menginap . Kemudian jam 0800hrs aku gerak keluar hostel menuju jeti . Actually jarak jeti dengan hostel sekitar 5-10minit ja memandangkan kawasan hostel/backpacker memang tertumpu d area jeti tu .
Untuk lebih clear lagi, jeti tu hanya bersebelahan dengan FLOATING yang menjadi kawasan tumpuan suatu ketika dahulu . Kenapa suatu ketika dahulu, kerana pada hari terakhir aku d Semporna, aku jalan² d kawasan Floating tu, alahai sedihnya sebab kawasan tu nda semeriah dahulu .
Inilah signboard jeti umum tu .
Ok back to real life, sampai d jeti aku terus kol orang yang akan incharge aku untuk khabarkan dia bahawa aku sudah tiba d jeti . Sambil² tunggu, aku lihat kawasan jeti semua dpenuhi oleh pelancong China . Tak macam d resort tempat aku kerja, mat & minah saleh yang bersepah hehe .
**Pulau Tetagan**
Sambil menunggu tu, alert juga la nama ko kena panggil untuk naik bot . Jangan main terjah ja nanti ntah ke mana² ko sampai nanti haha . Then bermulalah aktiviti pada hari itu sekitar jam 0915 bot berlepas dari jeti . Mula² menuju pulau Tetagan d mana penduduknya adalah orang dari kaum bajau yang tiada agama . Bila sampai sana, bot² pelancong akan dikerumuni oleh penduduk tersebut di mana mereka akan meminta apa sahaja dari anda . Kami dipesan untuk membawa jajan kalo ikhlas la . Kalo tamaw bagi apa² pun teda paksaan . Budak² tu takkan main kasar juga untuk meminta sesuatu dari kita .
Kemudian, sekitar jam 1000hrs beralih ke pulau Bohey Dulang tempat yang aku tunggu² . Bukan apa, aku maw hiking d pulau tu . Bila sampai puncak kan best ambil gambar . Trail naik ke atas nda la tough mana pun . Macam biasa juga la, banyak pokok tempat berpaut bila penat . Dan sekali lagi pemandangan aku dipenuhi oleh pelancong² dari China yang mana pakaian dorang sangatlah sempoi . I is jeles taw . I pakai legging je hokey . Dorang boleh ja pakai skirt la, pakai blouse seksi laa, pakai swimming suit pon ada haha . Kalo aku taw keadaannya, aku pakai baju kurung haha . Perjalanan naik ke atas ambil masa lebih kurang 30-45 minit juga la depends pada stamina korang . Tapi once suda sampai peak, rasa penat tu bertukar kepada 1 kepuasan yang tak dapat digambarkan langsung . Sebab ko finally sampai ke situ .
Dengan view laut yang sangat kebiruhijauan, Masyaallah Subhanallah Alhamdulillah . Walaupun cuaca sangat panas, sampai rasa dahi ni boleh buat fried egg suda haha, tapi selfies mesti ada . Rugi oo tak ambil gambar .
Dengan view laut yang sangat kebiruhijauan, Masyaallah Subhanallah Alhamdulillah . Walaupun cuaca sangat panas, sampai rasa dahi ni boleh buat fried egg suda haha, tapi selfies mesti ada . Rugi oo tak ambil gambar .
Antara selfie yang sempat tangkap masa d puncak .
**Pulau Mantabuan**
Lepas selesai hiking, kitorang lunch dulu d boat/jeti Pulau Bohey Dulang sebelum bertolak ke pulau ketiga iaitu Mantabuan . Setibanya d sana, para pelancong akan diberi masa untuk tukar baju bagi sesi snorkelling . Aku haha tengok kiri kanan, buat² muka comel supaya ada orang bawa aku jalan² hehe . Alhamdulillah boatman kami sudi temankan aku & dia offer untuk jadi photographer aku sepanjang d pulau tu . Aku pun apalagi acah² diva la haha walaupun malu seh .
Atas pokok tumbang ni la boatman tu suruh aku jadi model . Sebab pokok tu memang antara tumpuan orang bergambar .
Adalah dalam setengah jam di pesisir pantai, bot pun bergerak ke tengah lautan untuk sesi snorkelling . Aku macam biasa la tak maw basah punya pasal, duduk di tepi bot ja la rendam² kaki . Sapa yang macam aku memang rugi . Dorang pun cakap rugi datang kalo tal mandi hehe . Xpala asal dapat jejak kaki pun jadiklah hehe .
**Pulau Sibuan**
Lebih kurang sejam dorang snorkelling, kami menuju ke pulau terakhir iaitu Pulau Sibuan . D pulau ni pun sama juga aktivitinya lebih kepada snorkelling, diving & selfieing haha .
Antara selfie d pulau Sibuan .
Muka pun macam udang rebus sudah merah² haha .
Sama juga macam d Mantabuan, d pantai kami nda lama . Sebab maw bawa ke tengah laut untuk snorkelling lagi sebelum kembali ke darat . Kami tiba ke jeti lebih kurang jam1630hrs .
..................................................................................
Day 3 - 23.02.2018
Hari terakhir sebelum berangkat balik ke Sandakan . Kamu boleh pilih samada maw ambil bas pagi ataw petang . Bas paling akhir ialah dari Company MadSahirun iaitu pukul 3 petang . Selain dari itu, Sida & Dyana bertolak pada pukul 2 petang .
Sekian saja perjalanan 3hari 2malam d Semporna . Aku akan sinopsiskan perbelanjaan sepanjang trip ini dan juga contact agen trip aku .
Summary :
1) Tiket bas pergi & balik : RM35 x 2way = RM70
2) Pakej trip 4 pulau = RM90
3) Penginapan Poga Backpackers : RM63 untuk 2malam
4) Makan minum = ikut perut masing²
5) Total secara kasar = RM300
Contact .
1) Aril Travel : ig - https://www.instagram.com/aril_69/
...................................................................................
Hope u gais yang berminat maw pegi, akan dapat info secukupnya dari itenary aku yang tak seberapa ni .
Next trip kalo ada nanti aku update lagi ya .
Best regards
-SuE_ZiLa-
10.03.2018