Tuesday, 19 April 2016

Tips Gaya Berhijab Mengikut Bentuk Muka


Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update blog kan hehe . Oklah kalini saya nak share gaya berhijab mengikut bentuk muka . Sebab setiap dari kita ni tak sama bentuk muka kn . Ada yg bentuk bulat, bentuk persegi, bentuk lonjong dan sebagainya .

Dah la tu setiap bentuk muka mesti tak sama endingnya bila kita cuba mengenakan sesuatu gaya baru ketika berhijab bukan . Rasa frust pn ada kan kalo tengok kat tutorial nampak comey je model pakai.  Tapi bila kita dah cuba, emmm hampeh hehe . .





1. Bentuk wajah bujur (Oval)
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria .

2. Bentuk muka panjang (Long)
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

3. Bentuk muka bulat (Round)
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.





4. Bentuk muka berpetak (Square)
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

5. Bentuk segi tiga (Heart)
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Haa tak maw sedih2 lg pasni ye ladies2 . Harap tips kalini dapat membantu uols dalam mengenakan gaya baru ketika berhijab . Insyaallah . .

Sampai jumpa lagi d lain entry ok . .
Assalamualaikum w.b.t



With love


~sue~

Tuesday, 8 March 2016

TATA CARA SHALAT GERHAN


Assalamualaikum w.b.t.


Pendapat pertama:

Imam Mâlik, Syâfi’i, dan Ahmad, mereka berpendapat bahwa shalat gerhana ialah dua raka’at.

Pada setiap raka’at ada dua kali berdiri, dua kali membaca, dua ruku’ dan dua sujud.

Pendapat ini berdasarkan beberapa hadits, di antaranya hadits Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia berkata:

كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى الرَّسُوْلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ والنَّاسُ مَعَهُ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيْلاً نَحْوًا مِنْ سُوْرَةِ البَقَرَةِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوْعًا طَوِيْلاً ثُمَّ قَامَ قِيَامًا طَوِيْلاً وَهُوَ دُوْنَ القِيَامِ الأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوْعًا طَوِيْلاً وَهُوَ دُوْنَ الرُّكُوْعِ الأَوَّلِ .

"Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , maka beliau shalat dan orang-orang ikut shalat bersamanya.

Beliau berdiri sangat lama (seperti) membaca surat Al Baqarah, kemudian ruku’ dan sangat lama ruku’nya, lalu berdiri, lama sekali berdirinya namun berdiri yang kedua lebih pendek dari berdiri yang pertama, kemudian ruku’, lama sekali ruku’nya namun ruku’ kedua lebih pendek dari ruku’ pertama."

[Muttafaqun ‘alaihi].

Hadits kedua, dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma, ia berkata:

أَنَّ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّىيَوْمَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فَقَامَ فَكَبَّرَ فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيْلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوْعًا طَوِيْلاً ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ :سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ،وَقَامَ كَمَا هُوَ، ثُمَّ قَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيْلَةً وَهِيَ أَدْنَى مِنَ القِرَاءَةِ الأُوْلَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوْعًا طَوِيْلاً وَهِيَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُوْلَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُوْداً طَوِيْلاً ثُمَّ فَعَلَ فِى الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ مِثْلَ ذَلِكَ،ثُمَّ سَلَّمَ ...

"Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melaksanakan shalat ketika terjadi gerhana matahari.

Rasulullah berdiri kemudian bertakbir kemudian membaca, panjang sekali bacaannya, kemudian ruku’ dan panjang sekali ruku’nya, kemudian mengangkat kepalanya (i’tidal) seraya mengucapkan: 'Sami’allahu liman hamidah,' kemudian berdiri sebagaimana berdiri yang pertama, kemudian membaca, panjang sekali bacaannya namun bacaan yang kedua lebih pendek dari bacaan yang pertama, kemudian ruku’ dan panjang sekali ruku’nya, namun lebih pendek dari ruku’ yang pertama, kemudian sujud, panjang sekali sujudnya, kemudian dia berbuat pada raka’at yang kedua sebagimana yang dilakukan pada raka’at pertama, kemudian salam…"

[Muttafaqun ‘alaihi].

Pendapat kedua:

Abu Hanifah berpendapat bahwa shalat gerhana ialah dua raka’at, dan setiap raka’at satu kali berdiri, satu ruku dan dua sujud seperti halnya shalat sunnah lainnya.

Dalil yang disebutkan Abu Hanifah dan yang senada dengannya, ialah hadits Abu Bakrah, ia berkata:

خَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى المَسْجِدِ وَثَابَ النَّاسُ إِلَيْهِ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْتَيْنِ.....

"Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , maka Rasulullah keluar dari rumahnya seraya menyeret selendangnya sampai akhirnya tiba di masjid. Orang-orang pun ikut melakukan apa yang dilakukannya, kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat bersama mereka dua raka’at.'

[HR Bukhâri, An Nasâ`i].

Dari pendapat di atas, pendapat yang kuat ialah pendapat pertama (jumhur ulama’), berdasarkan beberapa hadits shahih yang menjelaskan hal itu.

Adapun pendapat Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya, bahwasanya riwayat yang mereka sebutkan bersifat mutlak (umum), sehingga riwayat yang dijadikan dalil oleh jumhur (mayoritas) ulama adalah muqayyad.

Syaikh Al Albâni rahimahullah berkata:

“Ringkas kata, dalam masalah cara shalat gerhana yang benar ialah dua raka’at, yang pada setiap raka’at terdapat dua ruku’, sebagaimana diriwayatkan oleh sekelompok sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan riwayat yang shahih."

Wallahu A’lam.

Ringkasan tata cara shalat gerhana sebagai berikut:

1. Bertakbir, membaca doa iftitah, ta’awudz, membaca surat Al Fâtihah, dan membaca surat panjang, seperti Al Baqarah.

2. Ruku’ dengan ruku’ yang panjang.

3. Bangkit dari ruku’ (i’tidal) seraya mengucapkan :

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

4. Tidak sujud (setelah bangkit dari ruku’), akan tetapi membaca surat Al Fatihah dan surat yang lebih ringan dari yang pertama.

5. Kemudian ruku’ lagi dengan ruku’ yang panjang, hanya saja lebih ringan dari ruku’ yang pertama.

6. Bangkit dari ruku’ (i’tidal) seraya mengucapkan :

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

7. Kemudian sujud, lalu duduk antara dua sujud, lalu sujud lagi.

8. Kemudian berdiri ke raka’at kedua, dan selanjutnya melakukan seperti yang dilakukan pada raka’at pertama.




KESIMPULAN

Sesungguhnya terjadinya gerhana merupakan peristiwa yang menakutkan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah dengan khutbah yang agung, menjelaskan tentang surga dan neraka.

Kalaupun seandainya kita mengkatakan hukumnya sunnah tatkala kita melihat banyak orang yang meninggalkannya, sementara Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menekankan hal ini kemudian tidak ada dosa sama sekali tatkala orang lain mulai berani meninggalkannya, maka pendapat ini, perlu ditilik ulang.

Bagaimana bisa, sesuatu yang menakutkan kemudian dengan sengaja kita meninggalkannya –lantas dikatakan- seolah hanya kejadian yang biasa saja?

Dimanakah rasa takut itu?

Dengan demikian, pendapat yang mengatakan wajib memiliki argumen sangat kuat.

Dan Syaikh ‘Utsaimin mengingatkan, jika ada orang yang melihat gerhana matahari atau bulan, lalu mereka tidak peduli sama sekali, masing-masing sibuk dengan dagangannya, masing-masing sibuk dengan hal sia-sia, sibuk di ladang, maka semua itu dikhawatirkan menjadi sebab turunnya adzab Allah, yang kita semua diperintah untuk mewaspdainya.

Dengan demikian, pendapat yang mengatakan wajib lebih kuat daripada yang mengatakan sunnah.

Demikian secara ringkas penjelasan tentang shalat gerhana, semoga bermanfaat.

Washallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala ‘alihi washahbihi ajma’in.


[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 04/Tahun XII/1429H/2008M.]

Thursday, 21 January 2016

HIDAYAH . . Perlukah aku mencari mu ataw butakah aku selama ini . .



Cnp

waktu azan isyak sudah berkumandang di surau dekat simpang tiga itu. tak jauh beberapa meter dari situ ada sebuah pondok menunggu bas. ada seorang budak melayu tengah melepak seorang diri bermain gitar di situ. ada seorang apek tengah menolak basikal tuanya lalu di depan pondok tersebut. tengah syok budak melayu tu goreng lagu Wings sejati, tiba2 gorengan dia terhenti. apek tadi menyapa dia.

apek : kawan.. lu.. melayu meh?

melayu : nape apek?

apek : islam?

melayu : dah tentu la! ko nak apa ni?

apek : hehehe.. kawan. jangan marah. tanya saja. sebab wa hairan tengok lu.

melayu : apa hairan?

apek : itu azan dekat surau sudah habis bunyi. lu masih kat sini lagi main gitar. kenapa tak masuk sana sembahyang?

melayu : ish apek ni sibuk pulaaaakk. wa bukan malas apek tapi belum dapat hidayah lagi laa apek hahaha..

apek : hoh? apa itu hidayah?

melayu : apek ni.. hidayah ni macam.. macam.. ala.. itu macam reminder laa.. Tuhan kasi you satu.. satu FEEEEL sama you suruh you buat baik laa hahaha.. suruh ingat sama Dia la itu macam.

apek :oh, hidayah.. dia FEEEELL itu macam ke? hahaha.. baru paham itu hidayah.. kawan.. wa tanya skit lu, bleh?

melayu : sure..

apek : dalam itu azan ada sebut itu translate melayu cakap, marilah solat. wa selalu ternampak ini dalam tv9 la. btul ka?

melayu : betul.

apek : lu tak rase ke itu azan tadi Tuhan kasi lu satu hidayah ke sama lu?

melayu : sebab?

apek : kawan.. dulu aa, ada melayu kasitau sama wa, apa suma jadi atas ini dunia semua Tuhan punya kerja. semua benda jadi atas kehendak Tuhan, semua Tuhan punya izin, btul ka?

melayu : betul..

apek : mana lu tau betul?

melayu : haiyaa saya punya ustaz pun pernah cerita ini macam maa..

apek : oh ye ke? jadi betul la ye

melayu : betul apek

apek : jadi sekarang ni, lu dapat dengar itu azan, sapa punya kehendak, sapa kasi izin?

melayu : Tuhan..

apek : tuhan MANA SATU?

melayu : saya punya Tuhan laa, Allah!

apek : hehehe jangan marah kawan.. rilek.. jadi kenapa Tuhan Allah kasi izin sama lu dapat dengar itu azan?

melayu : mana la aku tau

apek : kawan.. lu ada fikir tak Tuhan kasi lu izin dapat dengar itu azan sebab Dia sayang sama lu? Dia masih lagi sayang sama lu pasal itu lu dapat dengar.

melayu : .....

apek : Dia suruh lu sembahyang. Dia kasi lu dapat dengar itu reminder sebab Dia masih sayang sama lu. Dia sudah kasi sama lu hidayah tapi lu tak nampak ke? lu ada ikut ke tidak? lu takde rasa itu.. itu FEEEELL ke? kawan.. apa jadi kalau satu hari lu tak dapat dengar itu bunyi azan lagi?

melayu : masalahnya aku ni dah bertahun tak sembahyang. sebab.. aku takde rasa nak sembahyang pun!

apek : alah cakap saja la lu malas sembahyang hahahaha kalau lu cakap lu takde rasa mahu sembahyang serupa macam lu cakap lu ni teruk sangat hahaha.. eh lu kerja ka kawan?

melayu : kerja laa

apek : mana kerja

melayu : itu kedai printing tepi kedai ah lui sana

apek : oh itu tempat saya tau! pukul berapa masuk? pukul berapa balik?

melayu : 10 pagi sampai 7 malam

apek : boleh tak lu masuk kerja hari-hari pukul 12 balik pukul 3?

melayu : apa ni apek? gila ke? mau kena potong gaji aku!

apek : kalau datang kerja 2 hari seminggu saja boleh ke?

melayu : ko nak aku kena buang kerja ke?

apek : jadi lu tau kalau lu tak datang kerja, masuk kerja lewat nanti bos marah, potong gaji lu tapi kalau lu tak pergi sembahyang, sembahyang lewat2 itu Tuhan Allah marah lu tak takut ke? hehehe..

melayu : wei apek lu cakap macam lu orang islam laa pulak. apek, lu orang nak sembahyang ke itu lu orang punya hal. wa bukan tak mau tapi wa takde rasa nak sembahyang lagi. lagipun aku dah lupa macam mana nak sembahyang laa.. aku ni orang tak baik, buat apa aku nak sembahyang.

apek : tauke.. kalau lu lapar, apa lu buat? lu mesti cari makan punya kat dapur kan? kalau takde makanan dekat dapur lu keluar pergi beli kan? takde makanan terbang datang cari lu atau jatuh dari langit kan?

melayu : ......

apek : sama la kalau lu mau jadi baik, lu sendiri kena ubah diri lu. kena sendiri yang kena mula langkah dulu laa kawan.. itu sejadah sama dengan itu air sembahyang takde sendiri datang dekat sama lu punya.. lu tak takut nanti orang bawa sama lu itu kain putih sama itu kapur ke hehehehe..

melayu : .....

apek : eh! haiyaa! ok laa kawan, sudah lambat! jalan dulu aaa hehehe..

melayu : humph!!...eh.. eh! eh! apek! wei apek lu nak pergi mana tu? itu masjid mana lu boleh masuk!

apek : kenapa wa tak boleh masuk??

melayu : eeii apek lu pasal apa sembahyang sini bukan kat tokong ke?

apek : nama wa MUSA LEE ABDULLAH la kawan.. sudah 23 tahun masuk islam hehehe..

melayu : ...mualaf... mualaf rupanya.. aku ingat apek kafir mana tadi...

apek : kawan.. itu tadi kita sembang2 lu rasa2 siapa punya kehendak? lu takde rasa itu FEEEELL ke kawan? lu tak nampak lagi ke apa ini semua? hehehe.. itu papan tanda kasi baca kawan.. assalamualaikum

melayu : .."SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN"..

apek : lagi satu kawan.. jangan lupa itu Tuhan Allah bukan tuhan lu seorang punya, tapi Tuhan wa jugak. kalau lu ada pernah baca itu ayat pertama ummul kitab, ada sebut Tuhan Sekalian Alam, takde sebut Tuhan Orang Melayu hahahaa.. haiyya 'alal solah, kawan.. haiyya 'alal..

melayu : .........................................................................................one.. two.. sejati.. itu yang kau ucapkan..

"Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan ( serta membalas masing-masing )" - at-Taghaabun 64:2

note : agak2 pasal apa korang suma dapat baca cerita ni? pasal apa cerita ni boleh sampai kat korang? padahal korang tak cari pun cerita ni...